Di saat ku gembira,
Jarang sekali ku mengingati-Mu...
Di saat ku berada,
Jarang sekali ku mensyukurinya...
Aku tahu ini adalah kerana ku...
Aku senantiasa lupa akan Mu...
Aku senantiasa alpa akan arahan Mu...
Aku senantiasa lalai akan tanggungjawabku...
Memang aku cuba untuk menyintai-Mu,
Namun aku tewas ditangannya...
Memang aku cuba untuk menyayangi-Mu,
Namun aku gagal melaksanakannya...
Walaupun aku semakin jauh dari Mu,
Tidak sekali aku berasa lelah dalam mengingati-Mu...
Akan ku cuba melaksanakannya...
Akan ku cuba melakukannya...
Berilah aku kudrat...
Supaya aku dapat terus mencuba...
Supaya engkau senantiasa disisi ku...
Aku mohon kepada-Mu...
Amin.
No comments:
Post a Comment