Sunday, 17 April 2011

Terima atau Tolak...

Hye semua kawan2 Azu. Azu harap anda semua sihat sejahtera hendaknya. Untuk post kali ini, ia agak serius sedikit. Bukan sedikit rasanya tetapi memang sangat serius. Harap kawan2 dapat bantu Azu dalam membuat keputusan yang tepat.


Pagi tadi (Sabtu 16 April 2011), mak telefon. Selalunya kalau mak telefon, dia akan tanya berkenaan dengan kesihatan Azu, duit poket dan lain2 yang berkaitan. Tetapi perbualan pagi tadi agak berlainan. Mak telah menanyakan sesuatu yang memang Azu tidak pernah terfikir langsung. Tidak pernah terlintas difikiran ini tentang soalan tersebut.


Mak mempelawa Azu untuk turut serta mengerjakan fardhu Haji di Mekah bersama-sama Abah akhir tahun ini. Terkejut, terperanjat, tercengang, terkesima, dan macam2 lagi perasaan Azu pada masa itu. Dan dengan sepantas kilat Azu menolak jemputan tersebut. 


Siapa yang tidak mahu untuk mengerjakan Haji bukan, tetapi mungkin bukan masanya untuk Azu menyambut seruan suci itu. Belum tiba masanya lagi. Azu rasa yang diri ini masih belum bersedia untuk melakukan penghijrahan seperti sedemikian.


Azu ingatkan yang ia hanya sekadar gurauan, sebab itu Azu terus menolak pelawaan mak. Tetapi lama kelamaan, Azu masih tidak dapat berhenti dari memikirkan perkara tersebut. Mungkinkah ini masanya untuk Azu berubah. Mungkinkah ini peluang bagi Azu meninggalkan semua perkara2 yang dilarang Allah.


Tetapi Azu takut jika apabila sudah melaksanakannya, Azu tidak akan kekal berubah ke arah kebaikan. Tidak dapat menahan diri dari melakukan kemungkaran. Masih gemar berpeleseran. Tetap dengan perangai lama. Apa guna ada gelaran Haji tetapi masih melakukan larangan Allah swt.


Sehingga sekarang Azu masih tidak dapat membuat keputusan. Jauh di sudut hati ini, terdapat keinginan untuk melawat ke Tanah Suci umat Islam itu. Tetapi entahlah, fikiran ini masih bercelaru dan terkeliru sama ada untuk menerima pelawaan itu atau menolaknya. 




3 comments:

  1. dear my buddy...
    utk berubah kite perlukn kekuatan...if niat ko btol2 nk berubah, insyaallah tuhan akan permudahkna urusn ko. ingt x ku ad cite kt ko sal abg tempt keje ku lu. die mcm ko. lg trok. tp die tergerk nk buat umrah sahaja. bkn haji. byk dugaan die dpt b4 kerjekn umrah, smpi die rasa die bkn tetamu yg dijempt allah utk g kt sana. tp die tetp kuatkan semangt die, sbb niat utama die NAK BERUBAH.. tekadkan diri ko. insyaALLAH semuanya akan dipermudhkan. ku nk sgt tgk ko berubh. ko phm an mksd ku ?? no hurt feelng eh yang... (:

    ReplyDelete
  2. eh...camne ko bleh de kat cnie?...haha...takot?...gLew ko x takot!!!...huhu...

    ReplyDelete